Pages

Salam Taaruf!

Assalamualaikum buat semua yang pernah dan sedang menjejaki blog ni. Terima kasih banyak2.

Tentang aku..
Aku bukan blogger baru, bukan jugak yang lama.
Hanya menulis bila perlu dan bila ada masa.
Masih terikat dengan pelajaran yang memerlukan lebih masa dan tumpuan.

Aku manusia yang tak reti nak mengarang, tapi suka menulis.
So, apa yang terpapar, tertulis di blog ni, harap dimaafkan kalau ada sebarang kesilapan dan kesalahan.

Jangan segan-segan nak tinggal jejak korang. Ada masa aku follow.

Sekian~

Sunday 16 March 2014

FLASH Prolog

EVERY HUMAN sure does mistakes in their life. Stop judging anyone. Bak kata seseorang, satu telunjuk menghala ke arah orang lain, lagi tiga, sah-sah menghala ke diri sendiri. Ya tak? Conclusionnya? Sebelum nak sesuka hati tunjuk sini sana, tarbiah diri sendiri biar jadi insan betul-betul dulu.
Be the change you wished to see in the world. Dalam maksudnya kalau difahami betul-betul. Berubah untuk lihat dunia berubah. Bukannya bising dekat satu dunia suruh berubah sedangkan diri masih di takuk jahiliah.

Jari diketuk-ketuk ke dagu. Satu-satu ayat yang ditulis dibaca semula. Betullah kata-kata tu. Kepala terangguk-angguk. Menyatakan persetujuan dengan apa yang ditulis yang suatu ketika dulu pernah dengar seseorang mengucapkannya.
Dulu, kelam je nak faham maksud tu. Duk pikir, kalau setakat diri sendiri je perangai lama tapi orang lain semua berubah takkan effect pun kan perangai buruk sendiri tu dekat dunia ni? Or in a smaller scope, dekat Malaysia ni. Tetap aman damai jugak kan? Sekarang baru kabus-kabus yang tutup minda dari berfikiran sempit tu hilang. Kalau semua orang fikir macam aku, sah-sah dah bumi ni berputar keluar paksi!
A’an geleng kepala sendiri.

Agaknya aku dah boleh dicop sebagai makhluk asing kot dulu. Makhluk asing pemusnah bangsa dan negara. Orang lain dah merdeka berpuluh tahun, aku baru je bebas setahun jagung. Kalau difikir gaya ini, memang rasa rendah diri amat lah. Tapi, fikir-fikir balik, better late than never kan? Selagi pintu taubat tak tertutup, selagi tu peluang masih terbuka. God bless me. And us.

Jari jemari masih menari di atas Qwerty Keyboard. Meluahkan rasa berbuku di blog sendiri. Cukup untuk memuaskan hati. Tak kisahlah ada atau tidak yang membaca. Yang pastinya, ada kepuasan yang diperoleh. Self-satisfaction.
Tiba-tiba terasa bahu dicuit dari belakang. Buat tak layan boleh tak? Tangan tak berhenti lagi menaip. Orang kat belakang masih tegar duk cuit bahu. Surrender. Pusing belakang. “Nak apa?” Kening refleks terjongket.
Sengih kerang busuk ditayang. “Air. Boleh?”
“Malaslah. Gi buat sendiri.” Kerusi dipusing kembali. Dah tau dah muka orang belakang gaya macam mana. Tiga.. Dua.. Satu..
“Kakakkk…. Tolong lah.. Tak mati pun kalau tolong orang sekejap.”
“Ek eleh.. Kau pun tak mati kan kalau buat air sendiri?”
Muka cemberut. “Orang tak reti lah..” Hujung baju A’an ditarik-tarik gaya budak kecik merengek. “Tolonglah kakak..”
Ish. “Holah, holah! Pay me. Seringgit for one step. Back and forth.” Budak nilah! Pemalas sungguh. Konon la tak pandai haa. Padahal milo ais tu dah jadi senang gaya petik jari pun boleh dapat dah laa.. Haih..
A’an melangkah kecil-kecil. Saja nak menyakitkan hati si adik.
Adik.. Adik.. Nasib kakak sayang kau! Kalau tak, berangan lah nak merasa air tangan kakak kau nih.



MEGAMALL dijejaki. Nilah kot kali pertama jejak mall ni lepas balik dari UK haritu. Rasa macam nak melepak dengan kawan-kawan sekejap. Melepaskan rindu dekat kawan-kawan yang rasa macam bertahun tak jumpa.

            Berjalan punya berjalan baru perasan something. Kepala ditala ke kiri dan ke kanan. Depan dan belakang. Fuhh, even the environment had changed. True much lah kata Mahatma Gandhi tu. Be the change you wished to see in the world. I changed. And now, I see my world change to a better possible world to live in. Praise The Almighty Him.

No comments:

Post a Comment