Pages

Salam Taaruf!

Assalamualaikum buat semua yang pernah dan sedang menjejaki blog ni. Terima kasih banyak2.

Tentang aku..
Aku bukan blogger baru, bukan jugak yang lama.
Hanya menulis bila perlu dan bila ada masa.
Masih terikat dengan pelajaran yang memerlukan lebih masa dan tumpuan.

Aku manusia yang tak reti nak mengarang, tapi suka menulis.
So, apa yang terpapar, tertulis di blog ni, harap dimaafkan kalau ada sebarang kesilapan dan kesalahan.

Jangan segan-segan nak tinggal jejak korang. Ada masa aku follow.

Sekian~

Tuesday 21 May 2013

Dalam pembinaan

Khai - hidup tak semudah yang kau sangka, walau pelbagai cara kau lakukan demi melawan takdir, kau takkan pernah berjaya. Takdir kau ialah untuk jadi kau yang sekarang, bukan kau 5 tahun dulu.
Zey - puas aku cuba selindungkan rasa malu dalam hati, tapi aku tak mampu. Sehinggakan, untuk terus bernafas pun aku rasa macam tak sanggup. Semakin aku berusaha, makin berat dugaan yang menimpa.
Cnine - aku bersyukur sebab peluang untuk aku masih ada. Dan aku harap, berbaloi segala yang dah aku korbankan. Aku taknak, tangan pembunuh ni, terus membunuh hati-hati manusia. Dan, aku isytiharkan, mulai harini, aku dah bersara.
Raen - setiap kali aku dongak ke atas, aku rasa berkuasa sehingga aku lupa ada yang lebih berkuasa daripada aku. Ketika aku jumpa penyelesaian untuk runtuhkan ego yang meraja, aku dapat berita mengejutkan. Hati aku berkecai, tapi aku tak jumpa ubatnya sampai satu masa, aku temukan tenangnya sujud di tikar hina.
Mereka hidup dalam lingkungan dunia mereka, namun kisah mereka bergabung menjadi satu ceritera serupa, daripada punca berbeza, tapi pengakhirannya, mereka temukan asal mereka, daripada pencipta yang sama.