Salam Taaruf!

Assalamualaikum buat semua yang pernah dan sedang menjejaki blog ni. Terima kasih banyak2.

Tentang aku..
Aku bukan blogger baru, bukan jugak yang lama.
Hanya menulis bila perlu dan bila ada masa.
Masih terikat dengan pelajaran yang memerlukan lebih masa dan tumpuan.

Aku manusia yang tak reti nak mengarang, tapi suka menulis.
So, apa yang terpapar, tertulis di blog ni, harap dimaafkan kalau ada sebarang kesilapan dan kesalahan.

Jangan segan-segan nak tinggal jejak korang. Ada masa aku follow.

Sekian~

Friday, 7 March 2014

Cerpen : ...

“Tak pergi kantin?”
Kerusi di sebelah kedengaran ditarik tapi dia buat tak layan. ‘Square root of 125? Hmm..’ Mata pensel terus berlari di atas buku latihan ACE Mathematics. Tangan sebelah lagi menekan kalkulator.
Ken menongkat kepala memandang Deanna. Khusyuk gila budak ni buat kerja. Tapi, comellah pulak aku tengok. “Awak..” Suara dileretkan. Konon nak buat bunyi manja.
Kepala ditoleh ke kanan sesaat. “Stop staring.” Datar. Tanpa nada. Buku kembali ditekur.
Eleh, malulah tu orang pandang lama-lama. Ken senyum senget. “Lah, mata saya. Suka hati sayalah nak pandang macam mana pun.” Jawapan offhanded. Langsung tak terfikir orang sebelah dah ready dengan smash berbisa.
Jawapan Ken buat hati Deanna berbara. Bibir diketap. “An-Nur. 30.” Pendek, padat. Baru belajar semalam ayat ni. Kalau tak faham lagi, tak taulah.
Senyum terus mati. Lidah dah separa kelu. An-Nur, 30? Say to the believing men that they cast down their looks and guard their private parts; that is purer for them; surely Allah is aware of what they do.
Deanna rasa bersalah dalam hati bila orang sebelah membisu. Kasar ke cara aku? Muka tetap dibiar tak beriak. Bunyi kerusi ditolak membuatkan rasa bersalah makin tebal. “Kalau awak marah, saya mintak maaf.” Dia bersuara. Dah memang cara dia macam ni. Straight forward tak belok-belok.
Maaf Deanna dibiar tak berjawab. Ken bangun dari kerusi dan keluar dari kelas.
Pensel ditangan terlepas. Allah.. Salah ke cara aku? Muka diraup. Takpe.. Nak tegur biar terasa. Ayat penyedap hati diungkap sendiri.
***
            Deanna berjalan ke kantin diapit Zira dan Fatihah. Pagi tadi tak breakfast, masa nilah nak bedal carbohydrate nak kasi ada energy dalam kelas nanti pun.
            Pinggang terasa disiku. Kepala automatik memandang Zira. “Apa?” Kening kiri dijongket.
            “Kenapa dah lama Ken tak kacau kau eh?”
            Deanna senyum pahit. Bukan sedih sebab dah tak diusik dengan manusia pencair hati tu. Tapi sebab ada rasa bersalah yang bersarang. “Entahlah dia. Tapi, bagus apa..”
            Fatihah terangguk-angguk. “Bagus memang bagus. Just pelik je.. Dia macam.. lain.”
            Kata-kata Fatihah menambahkan rasa bersalah. ‘Marah sangat ke? Tapi aku dah mintak maaf kan?’ Kepala digeleng-geleng. Sedar yang dia tak patut fikir lebih-lebih tentang lelaki yang takde kaitan dengan dia. Akhirnya, dia cuma mengangkat bahu.
***
            Deanna duduk di atas pasir sambil pandang langit. Dah sembilan tahun kejadian dengan Ken tu berlalu. Sejak dari haritu jugak Ken tak mesra alam dengan dia. Deanna senyum. Kalau dulu dia rasa bersalah, sekarang dia dah tak rasa apa-apa. Sekurang-kurangnya, dia dah jalankan tanggungjawab dia walaupun hanya dengan dua patah kata. Berbisa. Dia tahu itu. Tapi dia percaya yang Ken cukup matang untuk faham dua patah kata tu.
            Setahun yang lepas, hari bersejarah untuk dia. Hari penyatuan antara dia dan aturan Tuhan. Ku Elham Najmi bin Ku Yusuf. Ken. Aturan Allah untuk dia. Ada kisah yang menjadikan hari itu realiti sebenarnya.. Ombak yang menderu membawa memori lama. Cerita lapan tahun lalu disingkap…

            Keputusan SPM yang akan diumumkan dinanti dengan penuh debar. Tangan Zira dan Fatihah digenggam kemas. Sejuk..
Nama seorang demi seorang penerima straight A’s dipanggil. Tunggu punya tunggu.. Akhirnya! Nama mereka bertiga tersenarai. Air mata automatik mengalir. Langkah disusun ke arah pentas. Dalam hati tak henti puji nama Allah.
Slip keputusan bertukar tangan. 6A+, 3A dan 2A-. Alhamdulillah. Usaha few years back berbaloi. Ayat lima, terjemahan surah Al-Insyirah bergema dalam kepala.. Surely with difficulty is ease.. Turun dari pentas, ayah dan mummy dipeluk. Wajah bangga mereka memberi satu kepuasan dalam hati.
Selesai majlis, mereka beriringan menuju ke kereta. Ayah tak henti tabur janji nak belanja itu ini. Mummy pulak tak lekang dengan panggilan telefon dari kenalan bertanyakan result. Deanna senyum.
Lagi beberapa langkah nak keluar dari pintu pagar, terdengar salam diberi dari belakang. Tiga kepala menoleh. Serentak salam dijawab. Senyum berganti dengan reaksi terkejut. Ken..
Ken menyalami tangan Dato’ Syed sebelum memulakan bicara. “Uncle, boleh saya cakap dengan uncle sekejap?”
Dato’ Syed pandang Deanna. Senyum. “Boleh, boleh. Jom duduk sana.” Bahu Ken ditepuk. Kunci kereta diserah kepada Datin Harlina.
Dalam kereta, Deanna gelisah. Apa yang Ken nak cakap dengan ayah? Dorang bukan kenal pun. Dahtu, sah-sahlah bercakap pasal aku. Elok Dato’ Syed buka pintu kereta, dia terus menyerbu soalan. “Ayah cakap apa tadi, yah?”
Pintu kereta ditutup. Dato’ Syed tergelak. “Amboi, tak menyempat!”
“Ala yah.. Janganlah main-main..” Deanna merengek.
Dato’ Syed senyum. “Uncle.. Saya suka anak uncle. Boleh uncle bagi saya tujuh tahun dari sekarang untuk buktikan saya tak main-main dengan apa saya cakap?” Ayat Ken tadi diajuk..
Mata Deanna membulat. Datin Harlina terlopong. “Habis, abang jawab apa?”
Datin Harlina dipandang. Perbualan beberapa minit tadi diimbas.

“Atas dasar apa uncle nak percayakan kamu? Tujuh tahun terlalu lama untuk ditunggu.” Pertanyaan serius diajukan.
Ken telan liur. “Jujur, saya takde apa-apa untuk yakinkan uncle. Tujuh tahun yang saya mintak bukan sebab nak kumpul duit atau nama, tapi untuk perbetulkan diri saya untuk guide keluarga yang saya akan bina.” Dengan yakin dia berkata-kata, padahal jantung serius nak pecah. Tak pernah dibuat dek orang, mintak nak kahwin dengan anak dara orang dalam situasi macam ni. Haruslah berdebar.
Dato’ Syed senyum.

End of the story..
Deanna ketap bibir. Ayah ni saje nak mainkan aku lah.. “Ayah.. Cuba serius sikit. This matter will determine my life tau. Ayah buat main pulak..”
Ketawa Dato’ Syed pecah. “Ayah setuju jelah.. Dah orang mintak gaya baik macam tu. Ikhlas habisan muka dia.”
Deanna terlongo. “Ayahhh. Ikhlas tu ibarat seekor semut hitam di atas batu hitam pada malam yang kelam tau yah. You told me that.”
“Ada ke guna ayat ayah buat hentam ayah balik.. Trust me Deanna, he’s a good guy. Kalau tak, ayah sendiri yang luku kepala dia nanti.”
“Ikut cerita ayah, mummy pun rasa dia baik lah. Kalau tak, bukan dia kena luku dengan ayah je nanti, mummy sekali akan kejar dia dengan batang penyapu.” Datin Harlina mencelah.
Deanna diam. Berfikir dengan kata ayah dan mummy. Seriously, in seven years aku akan end up dengan dia? Macam mana mummy dengan ayah boleh setuju macam benda ni hal yang sangat kecik eh? God knows better. “Well, let’s see where fate spares me in seven years then.” Keputusan dibuat.

Deanna kembali ke realiti. Macam tu je kisah yang membawa kepada harini. Simple yet complicated. Tipulah kalau dia kata dia langsung tak berdebar tunggu lagi tujuh tahun dari masa tu. Tapi, dua tahun lepas tu, ada rombongan yang sampai. Dorang bertunang. Dan Deanna buat keputusan dengan yakinnya… Dia akan tunggu lima tahun yang berbaki untuk tengok, ke mana takdir bawa mereka. Akhirnya, here they are. Bersama memulakan pengembaraan alam yang baru. Huh..
“Weh, menung apa tuh?” Bahu terasa ditolak.
Kepala ditoleh ke kiri. Senyum. “Tengah ingat balik old story yang masam-masam manis tu.”
Ken angkat kening. “Cerita proposal tak menyempat tu ke?”
Hahaha. Ketawa Deanna pecah. “Haah, cerita tulah.. Comel je bila ingat balik. Tapikan, there’s something in my head sekarang.”
Tangan memaut bahu si isteri. “Apa?”
“Kenapa abang lari macam tu je lepas insiden An-Nur 30 tu?”
Senyum pahit. “Malu. Sangat.”
Dahi Deanna berkerut. “Kenapa?”
“Sebab kena headshot. Bayanglah, abang masa tu punyalah fikir sorang-sorang yang Dean kononnya malu kucing sebab abang pandang macam tu..”
Last-last.. Dapat tazkirah free.” Deanna menyambung.
Ken angguk. “Padat dan menyengat. Tapi, kira bersyukur tak hentilah lepas insiden tu. Nak pandang orang lain pun dah takde rasa.”
“Dah cair habis dengan Dean lah ni?” Hahaha, Dua-dua ketawa.
Kind of.” Jeda. “Thanks Dean. For everything. For every now and then.
Tangan Ken di atas bahu digenggam. “I’m glad that fate spared me this way.”
“Abang pun.”

Dalam hati masing-masing mengungkap syukur tak terhingga. Takdir Tuhan, sungguhlah yang terindah.. 

No comments:

Post a Comment