Pages

Salam Taaruf!

Assalamualaikum buat semua yang pernah dan sedang menjejaki blog ni. Terima kasih banyak2.

Tentang aku..
Aku bukan blogger baru, bukan jugak yang lama.
Hanya menulis bila perlu dan bila ada masa.
Masih terikat dengan pelajaran yang memerlukan lebih masa dan tumpuan.

Aku manusia yang tak reti nak mengarang, tapi suka menulis.
So, apa yang terpapar, tertulis di blog ni, harap dimaafkan kalau ada sebarang kesilapan dan kesalahan.

Jangan segan-segan nak tinggal jejak korang. Ada masa aku follow.

Sekian~

Thursday 10 April 2014

Fighter (part 2)

DAH LEBIH SEBULAN Zack kembali bersekolah di SMART. Lebih sebulan juga dia tahan mulut daripada menyuruh Zack jadi seperti Zack yang dulu. Acai mengeluh. Tak tahu nak mengadu pada siapa tentang rasa yang beraja dalam hatinya ketika ini. Sesak lagi menyesakkan. Perubahan Zack buat kepala rasa serabut yang amat. ‘Kenapa kau muncul dan buat aku sakit kepala Zack?’ Otak tak habis bertanya soalan sama. Pening.. Keliru..
            Laman web yang terpampang di hadapan mata direnung kosong. Siang tadi, dapat mesej daripada Zack. Mesej pendek yang buat tangannya tergerak untuk buka laman web yang menambahkan kepeningan di kepala.

            + Assalam. Cuba buka laman web gainpeace.com. Ada tenang yang kau boleh jumpa. :)

            Dan motif dia buka laman web ni hanyalah untuk cari ‘tenang’ yang Zack maksudkan tu. Tapi, apabila ‘tenang’ versi Zack dan ‘tenang’ versi dia dah jauh berbeza macam langit dan bumi, dia hanya mampu nganga depan laptop tanpa buat apa-apa. Betullah Zack dah berubah. Sangat obvious rasanya bilamana tenang yang dulunya dicari dengan dengar lagu-lagu Avenged Sevenfold kini bertukar dengan baca bahan-bahan bacaan yang berunsurkan keagamaan yang tak pernah terfikir pun di benaknya.
            Setelah beberapa lama berteleku di hadapan laptop, tangan dibawa memegang tetikus untuk menekan tanda pangkah di belah kanan laman. Sorry kawan, I’m not ready for this stuff yet.
***
            Buku Success Biology dibelek sepantas mungkin. Mata cepat menangkap setiap baris ayat yang tertulis. Tajuk bab 3 tingkatan lima ni sungguh buat dia rasa macam nak berguling. Rajin? Tak.. Dia bukanlah rajin sangat nak study. Tapi, dalam masa beberapa minit sahaja lagi, akan ada ujian tentang tajuk ini. Sesiapa yang dapat markah bawah daripada 40 dari 50 soalan harus stayback di sekolah petang ni, kata cikgu. Namun, perkataan harus tu dah rasa macam satu kewajipan bilamana ia ditutur oleh Cikgu Zaidah semalam, cikgu paling tegas dalam sekolah.
            Pap! Mejanya ditepuk kuat. Kepala diangkat. “Kenapa?” Soalan ditanya kepada Zack. Kepala kembali menekur buku.
            Zack geleng kepala. “Kalutlah kau Cai. Kalaulah ujian Pendidikan Islam pun at least kau baca macam ni.” Ni tak. Sahkan study last minute, pegang pun tidak buku tu.
            Gerakan tangan dah tak selaju tadi. Kepala terasa makin susah pulak nak mencerna ayat-ayat yang tertera di dada buku. Dada rasa berbuku. “If you have nothing better to say, you better stay quiet.” Acai keluar aura nak mengamuk. Bibir diketap. Geram bila Zack macam keluar aura nak cari pasal. Padahal sebelum ni, sekasar mana pun bahasa yang diguna, takde pula dia rasa nak benam Zack bawah tanah. Tapi, bila ayat macam tadi ditutur, serious rasa nak mengamuk. Mungkin sebab dia rasa Zack dah lain, jadi pembawaannya dengan gurauan Zack juga jadi lain.
            Kening terangkat sebelah. Sentap pulak budak ni.. Dulu okay je bedal cakap macam mana sekalipun. “Aku gurau jelah Cai.” Kerusi di depan Acai ditarik keluar dari bawah meja, lalu duduknya dilabuhkan.
            ‘He’s kidding. Yang kau nak sentap kenapa Acai oii?’ Rasa bersalah sebab dah marah Zack tadi dibiar. Muka diangkat pantas dari buku bilamana ayat kedua Zack kedengaran.
            “Cikgu Zaidah tak datang harini. Anak dia sakit.”
            “Kau serious? No test for today?” Oksigen dah rasa kembali memenuhi ruang jantung.
            Zack angguk. “Serious jugak aku nampak mata kau bersinar-sinar macam baru menang award sekarang ni.”
            Acai cebik. “Whatever.” Badan disandar lega pada kerusi.
            “Buka tak webpage aku kasi?”
            Badan automatik kaku. Nak jawab apa? Agak-agak Zack terasa ke tidak kalau dia jawab tak? “Erm, tak.” Wajah Zack yang nampak hampa dipandang. “Aku tak sedia untuk baca benda-benda yang aku tak mampu cerna.” Jujur.
            Angguk. “Faham. Bukan salah kau kalau kau rasa benda tu berat. Aku pun sama kot dulu..” Sebuah buku disua ke arah Acai. “Ni boleh tolong kau kot.”
            Huluran bersambut. Buku apa ni? “I’ll.. try?
            Angguk lagi. “Take your time.” Aku doakan kau, kawan.
            Dan buku yang bersambut dari tangan Zack tadi terus dimasukkan ke dalam beg.
***
            Hari Ahad macam ni memang guna untuk rehat sepenuhnya. Jumaat malam sampailah ke Sabtu malam dah guna sepenuhnya untuk buat kerja sekolah. Harini jelah pun kalau nak duduk tak buat apa-apa. Kak Laila tengah memasak. Abang, masih dalam bilik tak keluar-keluar walaupun dah nak dekat pukul 12 tengahari sekarang ni.
            Duduk dilabuhkan di atas sofa di ruang tamu. Masa rehat yang tak tahu nak digunakan untuk apa. Tiba-tiba teringat buku yang Zack beri beberapa hari lalu. Kaki menapak ke bilik di tingkat atas. Beg sekolah diselongkar. Mencari buku yang tak sempat diteliti pun masa ambik dari tangan Zack haritu.
            Acai turun ke ruang tamu di tingkat bawah semula dan kembali duduk di sofa tadi. Buku di tangan ditelek. Contengan Jalanan. Hmm, cerita pasal budak-budak jalanan Zack kasi aku? Ingatkan buku jenis agama. Pelik.. Namun, bila ayat di bahagian bawah dibaca, persepsi tadi hilang terus. ‘Contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan..’ ‘So, Acai.. Kau nak baca ke tak?’ ‘Should I try? I promised Zack that I’ll try.’ Fikiran bertelingkah sebelum dia ambil keputusan untuk cuba baca buku di tangan..
            Tak sedar masa berjalan pantas. Dah banyak bab dia baca. Buku ni.. agak menarik. Tak susah nak faham apa yang nak disampaikan. Hati mula terasa dijentik satu rasa yang tak tahu nak diklasifikasikan sebagai apa.
            “Hai dik, baca apa?”
            Suara Kimi kedengaran dalam dia duk ralit membaca. Buku ditutup selepas muka surat terakhir yang dibaca ditanda. “Ni.” Cover depan di tunjuk kepada Kimi yang dah ambik tempat di sofa bertentangan.
            Kimi kerut dahi. “Buku lorong gelap ke nih?”
            Acai geleng. “Baca sampai habislah tulisan dekat cover ni.”
            Dan kerut di dahi Kimi makin jelas ketara..

Malamnya, pembacaan disambung. Reaksi abang siang tadi priceless betul. Ada ke dia tanya aku ni siapa.. Dengan muka cuak habisnya lagi. Abang mesti ingat adik dia kena sampuk punyalah.. Acai senyum. Pembacaan diteruskan. Dan cerita tentang Fend dan (K Square) berjaya dihabiskan..
Contengan Jalanan ditutup dan diletak di atas meja belajar. Dah lewat malam tapi mata masih tak mengantuk. Terasa sedikit insaf bila baca buku tu. Tak pasti adakah rasa yang datang ni disebabkan memang sungguh-sungguh atau sebab keheningan kerana waktu yang dah nak menginjak pagi buat hati turut sama tenang.
Otak dikerah berfikir apa yang nak dilakukan sekarang. Nak tidur, rasa macam tak boleh. Tekad. Kaki dihala ke bilik air. Biasan wajahnya di hadapan cermin ditatap. Mata melihat rambut yang mengurai. Separuh rambutnya di bahagian bawah masih ada sedikit warna. Gunting yang memang ada di dalam bilik air tersebut diambil. Mata terpejam dan nafas dihela. Tangan mula berkerja. Memotong bahagian yang berwarna.
Selesai satu kerja. Kaki cepat berjalan keluar semula dari bilik air. Tablet dicapai dan cara-cara mandi wajib digoogle. Sungguh dia tak ingat apa-apa. Acai masih keliru sebenarnya dengan apa yang dia sedang lakukan. Tapi hati seakan-akan mendesak-desak supaya dia teruskan apa yang sedang dilaksana.
Dan bilamana niat berwuduk bergema dalam hati, dia jadi yakin bahawasanya rasa ini datang sebagai permulaan baru untuk hari-hari seterusnya.

Keesokan paginya, Acai bangun agak awal dari biasa. Selesai mandi, solat Subuh ditunaikan. Rasa nak menangis ditahan-tahan ketika tangan ditadah memohon doa. Hening dan tenang yang dirasai ketika selesai solat sunat Taubat semalam kembali menyapa. Muka diraup sebelum telekung sembahyang dan sejadah dilipat. Telekung dan sejadah daripada Tok Wan yang dah lama bersimpan di dalam almari yang mula diguna kembali semalam.
Kemudiannya, almari diselongkar. Mencari tudung yang kot-kot ada tersesat kat dalam. Dan betullah bila kita nak berubah, Allah pasti permudahkan. Tudung yang tak tahu dari zaman bila dengan tag nama yang dah siap berjahit dijumpai di celah-celah helaian baby tee yang bermacam warna.
Selesai bersiap, dia turun untuk bersarapan. “Morning abang.” Kimi yang dah siap di meja makan disapa.
Kimi hanya memandang ke arahnya sebentar sebelum kembali menjamah makanan.
Acai menghembus nafas perlahan. Cabaran baru yang bermula dari hari ini dimulakan dengan di’alienated’kan oleh abang.. Bersabarlah wahai hati.. Mana ada orang boleh jadi baik kalau tak usaha. Duduk dilabuhkan disebelah Kimi. “Abang..” Badan dikalih memandang abangnya. “Marah ke?” Suara Acai berbaur sedih. Rasa sensitif terlebihlah pulak pagi ni.
Why should I?” Suara Kimi dingin beku.
Air mata yang dah tak dapat ditahan mengalir juga akhirnya. Kepala tertunduk merenung jari. “Adik nak berubah. And I need someone to support me in this situation.” Jari menyapu air mata di pipi. “Kalau abang yang satu-satunya adik ada ignore adik, macam mana adik nak go through jalan yang baru adik jumpa ni?”
Kimi kalih pandang Acai. “What changed you?” Kimi mendengus. Kesian tengok air mata yang mengalir di pipi adiknya, tapi tak mampu nak tahan rasa marah dengan perubahan mendadak sebegitu. “Abang tak mampu nak benci adik sendiri. Tapi abang lagi tak mampu nak faham kau yang semalam masih normal tapi harini tiba-tiba bertutup kepala.”
Allah.. Acai pegang dada. Soalan dari bibir abang seakan sama dengan apa yang dia tanya kepada Zack. Tapi, bukan itu yang menyentak tangkai hati. Perkataan ‘kau’ dari mulut abang yang buat dia rasa dia mungkin tak gagah untuk terus berdiri. Hanya sebab tudung yang dia sarung, title dia sebagai adik dah hilang macam tu je ke? Allah.. Kuatkan aku yang baru nak mula bertatih ni.. Kata-kata abang dibiar tak berjawab. Akhirnya, ruangan di meja makan itu hanya diisi sepi.

            Sampai sahaja di sekolah, Acai terus menuju ke kelas. Nafas ditarik sebelum kaki melangkah ke dalam kelas. Bismillahirrahmanirrahim..
            Dan seperti yang dijangka. Hampir seisi kelas ternganga tengok dia. Pandangan dan bisik-bisik yang kedengaran dibuat tak endah. Acai duduk di tempatnya dan mula membuka buku. Habit tidur setiap kali masuk kelas tu rasanya wajib dihentikan dah..
***
            “Drastik sangat ke perubahan aku?”Soalan ditanya kepada Zack ketika waktu rehat siang tadi.
            Zack senyum. “Kau tahu ke bila kau nak mati?”
            Acai kerut dahi. Tak menjawab soalan langsung! “Tak. Apa kaitannya dengan perubahan aku?”
            “Tiada yang drastik pun Cai, sebab mati pun datangnya tak tahu bila. Katakan kau mati tapi tak sempat taubat, tak ke sia-sia hidup selama ni?”
            Oh. Faham. Acai angguk. Quote dari Contengan Jalanan bergema dalam kepala. A man who decided to change on the 12th hour, died on the 11th. Dan aku pastinya taknak jadi macam tu. Dia pandang Zack. “Thanks.”
            Senyum. “Apa guna kawan kalau tak tolong kawan kan?”

Pagi esoknya, hubungan Acai dan Kimi masih seperti semalam. Tak bertegur sapa. Dan bila ke sekolah pula, soksek soksek umpatan masih juga terdengar di telinga.
“Dah nak mati ke perempuan tu?”
“Agaknya dia nak pikat Daniel kot..”
“Hipokrit nak mampus!”
“Macam tak boleh percaya je budak ni. Semalam rambut karat, harini kepala bertutup.”
Sabar dikumpul dalam dada. Manusia is like this. Bila dah tak suka, semua benda nampak teruk. Dan aku, perlu kekal menghadap semua benda ni tanpa sesiapa yang nak jadi pemberi semangat! Huh, bertahan Acai!
“Apa yang sampai mata terpejam-pejam nih?”
Zack menegur ketika dia sedang menahan rasa geram. Zack. Haah, Zack kan ada. “Kau akan stay dengan aku kan?” Soalan yang buat Zack berkerut kening ditanya. “Aku takut aku tak kuat nak hadap semua benda ni sorang-sorang.” Jawapan diberi sebelum Zack sempat bertanya.
“Kita kan kawan.” Zack jeda. “Pekakkan telinga kau Cai. Mulut orang memang tak boleh tutup. Kot lah boleh sumbat dengan cork dekat makmal Bio tu, aku buat dah..”
Acai gelak. “Haru lah kau!”
***
            Esok kertas terakhir untuk peperiksaan SPM. Dah nak habis sekolah rupanya aku. Acai berfikir sendiri. Tak sangka pejam celik, pejam celik, masa dah terlalu pantas berjalan. Banyak benda yang dah dilalui sepanjang sesi persekolahan tahun ini. Hubungan dengan abang dah semakin baik sejak beberapa minggu lalu. Rupanya, selama abang tak bercakap dengan dia, abang bukan tak bercakap saja-saja. Abang juga mencari sinar sama yang dia jumpa. Abang juga terkeliru antara dua pilihan sama yang menyesakkan dada untuk memilihnya. Abang juga macam dia. Jadi musafir dalam pencarian sinar agama.
            Ada sedikit terkilan sebab abang tak bagitahu dia tentang apa yang abang tempuh. Sekurang-kurangnya dia ada Zack yang nak nasihat kalau ada apa-apa yang keliru pun. Tapi abang? Sorang-sorang berlawan dengan rasa sukar untuk berubah. Kawan-kawan yang dulunya selalu bersama pun, ramai yang tarik diri bila abang dah mula tarik kaki dari habit-habit lama yang tak bawa faedah. Kata abang, “abang kan abang. Sepatutnya abang yang tolong adik masa adik rasa tak kuat dulu. Tapi abang hanya jadi abang yang useless, yang tak mampu nak tolong adik bila adik bergelut dengan rasa yang abang baru tahu betapa perit nak menghadapinya.”
            Acai hanya senyum bila abangnya keluar ayat macam tu. “Bukan salah abang. Sekarang, kita dah boleh change to good sama-sama kan?”
            Kimi mengangguk sambil senyum. “Sure do.
            Sejak dari hari itu, dia berusaha bersama dengan Kimi. Tak dilupa, Zack dan Kak Laila yang banyak membantu. Siapa sangka Kak Laila yang nasihatkan Kimi bila dia terdengar Acai dimarahi ketika mula-mula berubah dulu.
            Memang tak disangka juga, hidup yang dulu boleh buat apa saja, redah ikut suka bertukar 180 darjah. Totally the opposite daripada gaya hidup dulu. Cabaran seterusnya yang bakal dihadapi mereka ialah.. Mama dan daddy yang mungkin oppose atau mungkin jugak terima dengan hati terbuka perubahan ini. It doesn’t matter. Kerana mereka boleh bergantung kepada satu sama lain untuk tempuh ujian seterusnya.
           
Bila kaki dijejak keluar dari SMART keesokan harinya, dia dah mula rindu segalanya. Kerana SMART tempat dia jumpa Zack yang bantu dia kenal tuhan. Sekolah tempat dia membesar dan menyaksikan penat lelah usahanya berbayar. Tempat segala memori dilakar.. Dan dia yakin, di pasti rindu segalanya.
            Dia berpusing memandang pagar sekolah sebelum menuju ke arah abang yang volunteer nak menghantar dan mengambil pulang hari ini. Thanks for the memories. Kata-kata itu bergema dalam kepala.
THE END…

No comments:

Post a Comment