Salam Taaruf!

Assalamualaikum buat semua yang pernah dan sedang menjejaki blog ni. Terima kasih banyak2.

Tentang aku..
Aku bukan blogger baru, bukan jugak yang lama.
Hanya menulis bila perlu dan bila ada masa.
Masih terikat dengan pelajaran yang memerlukan lebih masa dan tumpuan.

Aku manusia yang tak reti nak mengarang, tapi suka menulis.
So, apa yang terpapar, tertulis di blog ni, harap dimaafkan kalau ada sebarang kesilapan dan kesalahan.

Jangan segan-segan nak tinggal jejak korang. Ada masa aku follow.

Sekian~

Saturday, 15 March 2014

Fighter (part 1)

KAWASAKI NINJANYA diparkir bersebelahan pondok jaga. Tapak yang sememangnya dikhaskan untuk pelajar SMK Abdul Rahman Talib (SMART) yang menunggang motosikal ke sekolah. Topi keledar dibuka. Kain di dalam beg sekolah dikeluarkan dan disarung on the spot. Rambut yang mencecah bahu diikat dengan getah hitam. Ikut peraturan. Warna karat yang jelas pada beberapa helai rambut ditutup dengan helaian yang masih hitam. Okay, nice!
            Langkah diteruskan ke dataran minda, tapak perhimpunan rasmi. Kunci motor disimpan di dalam poket baju kurung dan tangannya kekal di situ. Mulut terkumat-kamit menyanyi lagu yang entah apa maksudnya. Tak kisah. Asal sedap di telinganya sudah. Harini terasa lain. Teringat..

            “Cai!”
Teguran entah dari mana menghentikan langkah yang dibawa. Kepala ditoleh ke belakang. “Yo Daniel Zakuan!” Tangan diangkat menyapa.
Bahu Acai dipukul. “Apa kes seru nama penuh aku dekat tengah-tengah alam ni woi?”
Acai gelak. Zack.. Satu-satunya manusia yang dia panggil kawan di sekolah ni. “Assembly?”
“Haah. Jom.” Zack berjalan di hadapan.
Acai mengikut di belakangnya.
***
Masa untuk matapelajaran Bahasa Melayu tamat. Lagi beberapa minit, subjek Pendidikan Islam pula akan dimulakan. Acai pandang setiap penjuru kelas. Semua orang sibuk dengan kerja masing-masing. Zack yang dibuai lena di sebelah dicuit. “Woi, bangunlah.”
            Zack mengenyeh-genyeh mata yang rasa perit. “Apaa?” Suara ditarik geram.
            Bahu Zack digoyang. Tangan sebelah lagi menggagau laci meja. Mana pulak benda nih? “Jom bla weh. Masa Ustaz Kerek tu dah nak mula kejap lagi. Cepatlah.” Hah, ada pun! Benda yang dah dijumpai tu dimasukkan ke dalam poket baju.       
Mata Zack automatik membulat. Ustaz Kerek. Ustaz yang tak habis-habis nak tegur apa mereka buat. Dah gaya mak bapak je. Kantuk hilang entah ke mana. Keliling dipandang. Line clear! Ibu jari diangkat.
Tanpa kata, kedua-dua mereka menyusup keluar dari pintu belakang kelas. Untung kelas Dua Elite ni paling hujung dan berdekatan tangga. Untung jugak kelas ni hanya di tingkat satu. Kalau tak, probability untuk dikesan masa keluar dari kelas atau bertembung dengan cikgu sah-sah tinggi.. dan sah-sah jugak plan harini dan hari-hari sebelum ni takkan berjaya. Stor yang terletak di belakang sekolah dijejaki.

Senyum. Typical storeroom bak kata Zack.. Perfectly created bak kata dia..

Kaki melangkah masuk ke dalam stor. “Puih, berhabuk gaya macam tak dijejak setahun.” Padahal baru minggu lepas lepak sini.. Pintu ditutup. Tangan dibawa menyeluk poket baju kurung . Kotak Dunhill dikeluarkan dan dihulur kepada Zack.
            Huluran bersambut. Sepuntung rokok diambil. Kotak bertukar tangan semula. Api dinyalakan. Satu sedut.. Dua sedut.. Terasa lapang kotak fikiran. Zack menghembuskan sedutan ketiga. Macam pelik je.. “Cai, puasa sunat ke?”
            Kepala yang menekur lantai diangkat. “Pardon me?” Acai gelak lepas. Fikiran yang berserabut dibiarkan. “Kau buat lawak ke Zack?” Aku? Puasa? Yang wajib pun dah berzaman tinggal, nikan pulak nak buat yang sunat.
            Zack ikut ketawa. Terasa lawak dengan soalan sendiri.. Acai, puasa?.. “Dahtu, kau tak join aku smoke.” ..takkanlah..
            “Share lah oii!” Rokok ditangan Zack dirampas dan dibawa ke mulut. Pelik ke perempuan hisap rokok? Tak pada dia. Dia rasa, apa yang lelaki boleh buat, dia juga boleh. “Kau ingat beli benda ni pakai daun ke?”
            Zack cebik. “Tangkai jering betul! Padahal duit berkepuk tak luak tujuh keturunan.”
            Puntung rokok disua ke arah Zack semula. “Not mine.”      
“Woi perempuan! Duit tu duit mak bapak kau. Mana pulak datang istilah ‘not mine’ tu?”Rokok yang masih menyala disedut buat kesekian kalinya.
            Acai angkat kening. “Miss my tendangan berbisa huh?”
            Zack gelak tak ingat dunia. Tau sangat Acai tak suka bila bab duit diungkit. Tau jugak bakal kena marah sebab buat statement gaya baru kenal Acai semalam. “Sorry lah Cai.. Gurau pun sentap.”
***
Hari Rabu, hari paling menyeksakan antara semua hari persekolahan. Tambah pula harini perjumpaan unit beruniform yang tercatat dalam jadual. Dahlah perjumpaannya petang! Acai mengeluh sambil bangun dari katil. Sah-sah kena praktis kawad kaki harini.. Tuala yang tersangkut di penyidai diambil malas.
            Selesai mandi, dia bersiap-siap nak ke sekolah. Done! Acai keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah menghala ke dapur. Sarapan yang tersedia di atas meja panjang yang boleh memuatkan hidangan untuk sepuluh orang tu dipandang kosong. “Abang mana kak?” Soalan diajukan kepada pembantu rumah yang dipanggil Kak Laila. Muda. Cantik. Cuma keadaan keluarga yang susah buat dia berusaha mencari kerja untuk meringankan beban orang tua. Kadang-kadang Acai terfikir, dia lagi rela hidup macam Kak Laila yang tak berduit tapi bahagia daripada hidup dengan duit yang terlalu banyak sampaikan semua benda yang dia buat hanya ditemani duit.
            “Tengah bersiap kot.” Kak Laila yang sibuk di dapur memberi jawapan.
            Angguk tanpa suara. Tangan mencapai roti bakar di atas meja yang dah siap disapu jem lalu disua ke mulut. Pap! Belakang badan terasa ditampar. “God!” Terkejut. “Sakitlah.”
            Belakang badan Acai yang ditampar tadi, digosok perlahan. “Makan tak tunggu abang.. Kan dah kena tulah.” Kimi menarik kerusi. Duduk dilabuhkan disebelah Acai.
            Mata dijulingkan. “Besarlah sangat mandat abang tu sampai nak tulah-tulah orang.” Acai bersuara dengan mulut penuh.
            Pipi Acai ditolak dengan hujung telunjuk. “Apalah nasib abang ada adik perangai macam ni.” Kimi turut mencapai roti.
            Acai cebik. Konon sakit hati. Namun, dia senang dengan situasi begini. At least, abang ada nak dibuat bergaduh bertekak hari-hari daripada hidup dalam kesunyian dekat rumah ni. Roti ditangan yang tinggal secebis je lagi disuap dan dikunyah cepat. Punggung diangkat dari kerusi. Bahu Kimi ditepuk kuat. “Gotta go bro. See ya.”
            Kimi terbatuk-batuk.
            Acai gelak. Sengaja. A tooth for a tooth.

Sesampainya di sekolah, Acai terus menapak ke kelas. Tiba-tiba teringat lagi. Semenjak dua menjak ni, asyik teringat je..
Selalunya hari Rabu, batang hidung Zack memang takkan kelihatan. Minggu ni dia hantar surat demam, minggu seterusnya ada hal keluarga pulak. Acai senyum pahit. Sengetlah kau Zack! Kepala digeleng sendiri. Past is past.. Beg disangkut pada bahu kerusi dan dia melakukan rutin biasa. Tidur beberapa minit sebelum kelas.
            “Assalamualaikum.” Suara Cikgu Katijah. guru kelas 5 Etika kedengaran. “Harini kita ada student baru transfer dari Kuala Lumpur. Harapnya, kamu semua dapat tolong dia sesuaikan diri dengan environment kita.”
            Suara Cikgu Katijah dibuat tak dengar. Kisah pulak aku dengan student baru. Student lama pun ada yang tak kenal lagi.
            Jawapan seia sekata dari pelajar 5 Etika kecuali Acai kedengaran. “Baik cikgu.”
            “Daniel, sebelah Syaireen ada tempat duduk kosong. Nanti kita akan susun balik kedudukan. Tapi, untuk hari ni, kamu duduk dekat situ dulu boleh?”
            Mata yang dipejam automatik terbuka. Kening Acai terangkat mendengar soalan yang dah gaya arahan daripada Cikgu Katijah. Syaireen tu aku kan? Tapi kepala yang berbantalkan lengan tak diangkat. Tolonglah jawab tak boleh!
            “Oh, takpe. Saya tak kisah. Terima kasih cikgu.” Suara makhluk yang dipanggil Daniel tu kedengaran.
            “Good. Saya keluar dulu.”
            Elok Cikgu Katijah keluar, Acai mengeluh kasar. Huh, sopan nak mati betul mamat tu! Mata dipejam semula. Geseran kerusi disebelah dengan lantai kedengaran.
            “Hai, assalamualaikum.” Suara yang diyakini milik budak bernama Daniel tu menyapa.
            Acai kerut kening. Dah kenapa mesra alam sangat pulak dah.. Kepala maintain tak bergerak. Bercakap lah kau sorang-sorang..
            “Cai.”
            Mata terbuka. Dia cakap apa tadi?
            “Cai..”
            Eh? Aku tak salah dengar ke? Kepala diangkat memandang orang sebelah. Lidah terasa kelu. Nak bercakap, tapi rasa macam tak mampu. Zack..
            “Miss me?” Zack senyum sambil menggeleng. “Kot ye pun takyahlah buat terkejut macam tu sekali..”
            Betullah Zack.. Ke bukan? “Aku tak salah tengok kan?”
            Zack gelak. “Syaireen Amani, mata kau tak rabun lagi kan? Akulah ni.”
            “Gosh, I miss you like crazy!” Mata terasa panas tiba-tiba. Mulut ditekup.
            “Hiperbola kau ni..” Zack pandang Acai. “Kot ye rindu aku sangat, takkan sampai nak menangis kot?”
            Huh. “Ni bukan nak menangislah.. Terharu kot ada. Long lost friend yang tinggal aku without a single news tetiba muncul dekat sebelah macam miracle.Long lost friend? Perkataan tu disebut dalam hati. Betullah Zack kat sebelah aku ni.. Muka yang sama, cuma nampak lagi matang dari dua tahun lepas. Tapi, ada aura lain yang dibawa…
            “Hey, aku dapat pujuk bapak aku nak belajar sini pun dah cukup baik okay. Alhamdulillah sangat dah dia tak bantah.”
            …aura yang buat aku rasa ada wall yang restrain aku dan dia.. Alhamdulillah? Tak pernah-pernah Zack sebut perkataan tu dulu. What changed him?
“Woi! Berangan apa?”
Fikiran tentang perubahan Zack tadi melayang entah ke mana. Tak kisahlah.. Janji dapat jumpa balik, and.. continue friendship macam dulu? Yelakot. Soalan Zack dibiar sepi. “I thought kau kat Sydney? Kenapa aku dengar cikgu sebut KL tadi?” Soalan diaju. Curious. Zack berhenti sekolah dua tahun lepas sebab nak pindah Sydney. Tup, tup datang sini dengan introduction, from KL?
Last two years, memang aku move ke Sydney pun. Tapi, hujung tahun lepas, ayah decide nak balik Malaysia semula. On what reason, aku tak tau.. Then, bertapalah aku kat KL sampai aku buat keputusan nak balik sini.”
“Bertapa huh?” Acai senyum sinis. “Dah tiga bulan kau kat KL, kenapa tak contact aku? Ke coverage Kuantan-KL dah takde sekarang?” Suara berbaur mengejek. Rindu memang rindu.. The only friend kot.. Tapi, bila the only friend yang dia ada buat dia rasa macam tak diperlukan, sakitnya lebih obvious nak dibandingkan rindu tu. Kalau masa dekat Sydney tu, mungkinlah susah sikit nak contact.. Ni dah balik Malaysia pun tak reti-reti nak bertanya khabar?
Zack pandang Acai. Matanya berbayang sesuatu. Tapi, belum sempat kata nak terluah, ustaz subjek Pendidikan Islam dah masuk. “We’ll have a nice chat later.” Senyum. Buku teks Pendidikan Islam dibuka ke muka surat yang bertulis di papan putih.
Acai akur. Zack dikerling dengan hujung mata. He’s changed. Betullah kot dia pergi bertapa dekat KL tu. Ustaz yang khusyuk menulis di pandang. Bukan Ustaz Kerek dah yang mengajar, tapi dia tetap nak keluar. Sebabnya, bukan ustaz je yang dia tak nak hadap.. Subjek tu sekali yang dia tak suka.. Acai pusing ke kiri. Baru separuh badan diangkat dari kerusi, terasa hujung lengan baju ditarik. “Kenapa?” Soalan ditanya kepada Zack.
“Duduk.” Perlahan tapi tegas.
“Kau dah kenapa?” Suara ditonekan sehabis perlahan.
Zack tak bersuara. Lengan baju Acai ditarik lebih kuat.
Acai terduduk. Lengan baju yang ditarik Zack direntap. Baru nak bangun semula dari kerusi, ustaz dah pusing menghadap mereka. “Shoot!” Tak pasal-pasal aku stuck dalam kelas yang bosan ni. Gigi diketap. Mata dipejam dan nafas dilepas kasar. You better explain yourself well Daniel Zakuan.
***
Jam dah menunjukkan angka sepuluh malam tapi mata masih taknak lelap. Masih terngiang-ngiang dalam kepala perbualan dengan Zack masa rehat pagi tadi.

“Aku belajar something dekat Sydney dalam masa dua tahun dekat sana.” Zack bersuara.
            Dia tekun mendengar. Tak terasa nak menyampuk.
            “Bila balik KL, aku macam.. lost.. Environment tu tak sama. Aku tak tahu nak mula dari mana.” Zack raup muka. “Sebulan aku rasa macam tak tahu what the dos and don’ts yang betul ikut piawai.”
            “The dos and don’ts ikut piawai apa?” Muka kelam. “Just what turned you in this state la Zack?” Sungguh. Rasa macam tengah bercakap dengan stranger sekarang ni.
            “Piawai agama.” Soalan pertama Acai dijawab. Dan jawapan untuk soalan kedua menyusul. “Sydney yang ubah aku jadi apa aku jadi sekarang.”
            Mulut ternganga. “Since when?” Sejak bila Zack yang dia kenal ada sense tentang agama? Dulu.. Semua benda pakai redah je..
            Zack berfikir.. Sejak bila? “Lepas setengah tahun dekat sana, aku observe keliling aku. Yang tak sembahyang, pakai ikut suka, pegang sana sini tak berlapik tu, kerja non-muslim je. Aku fikir balik.. Rasanya aku ni muslim, tapi kenapa aku tak buat apa yang patut muslim buat?”
            “Semudah tu?” Acai bertanya.
            Zack senyum. “Siapa kata mudah Cai? Aku tanya ayah apa yang aku fikir.. Tak pasal-pasal kena marah macamlah aku kata aku nak tukar agama. Tapi, mungkin sebab masa tu dah boleh fikir sendiri kot. Dah besar kan. Belajarlah cari Islam tu sendiri. Google, tanya kawan dan orang-orang pandai yang boleh diharap untuk jawab soalan-soalan yang berselirat dekat kepala.. Sebab untuk survive hanya dengan google semua benda sangatlah susah. Tak semua yang digoogle tu boleh pakai.”
            Angguk. Tak bermakna dia menerima segala explaination Zack. Masih cuba untuk mencerna. Dia sendiri pun dah stop aktiviti smoking yang tak bawa faedah tu. Rasa macam tak ngamlah pulak perempuan smoke walaupun dulu langsung tak ambik kisah. Ponteng at least dua, tiga subjek sehari pun dah slow down. Ponteng kelas agama je yang tak boleh get rid dari habit. Tapi, secara kasarnya dia masih dia yang dulu cuma berbeza dari segi habit buruk je.
            Zack senyum lagi. “Aku tau kau tak boleh terima semua ni dengan mendadak lepas dua tahun kita tak jumpa. Sedangkan family aku yang sepanjang masa dengan aku pun ambik masa untuk adapt dengan aku yang sekarang.” Memahami. “Tapi, aku tak harap untuk belajar jadi baik sorang-sorang. Kalau masa buat nakal kita buat sama-sama, apa kata kita cari ‘baik’ tu sama-sama? Maybe boleh dimulakan dengan..” Zack jeda. “Berhenti skip kelas agama?”


            Acai kembali ke realiti. Rasa macam bermimpi jumpa dengan Zack yang baru ni. Zack yang over, atau aku yang ambik agama for granted? Suara dalam kepala bergema.

No comments:

Post a Comment