Pages

Salam Taaruf!

Assalamualaikum buat semua yang pernah dan sedang menjejaki blog ni. Terima kasih banyak2.

Tentang aku..
Aku bukan blogger baru, bukan jugak yang lama.
Hanya menulis bila perlu dan bila ada masa.
Masih terikat dengan pelajaran yang memerlukan lebih masa dan tumpuan.

Aku manusia yang tak reti nak mengarang, tapi suka menulis.
So, apa yang terpapar, tertulis di blog ni, harap dimaafkan kalau ada sebarang kesilapan dan kesalahan.

Jangan segan-segan nak tinggal jejak korang. Ada masa aku follow.

Sekian~

Friday 31 August 2012

Unknown 5


Rambut yang basah dikeringkan dengan tuala. Terasa segar sikit badan lepas mandi. Tapi, rasa nak demam tu masih ada. Jam dinding menunjukkan pukul 6.30 petang. Perlahan-lahan, badan direbahkan di atas katil. Dahi diraba sendiri. ‘Hmm, panas. Ni mesti sebab redah hujan tadi.’ Kejadian tadi diingat balik...

Tangan cuba direntap sekuat mungkin. Berjaya! Satu tendangan diberi ke kaki orang yang dah dicop sebagai perompak tu. Baru nak berlari, terdengar jeritan seseorang.

“Aisyah!” Ey, perompak tu kenal aku? Otaknya sempat lagi buat rumusan tak masuk akal. Lantas, kepala dipaling ke belakang. Erk..? Perompak tadi semakin jauh berlari meredah hujan. Yang ada di hadapan mata cuma ‘dia’ yang sedang memegang payung menggunakan sebelah tangan.

‘Dia’, figura yang dah agak lama hilang dari pandangannya itu kembali dipandang. Namun, sepatah kata pun tak keluar dari mulut. ‘Should I say thanks?’ Otak bertelingkah dengan hati. Tapi, bila difikirkan balik adab sebagai seorang manusia, sepatah perkataan ‘thanks’ ditutur jugak.

“Pleasure. Dah kebetulan I ada kat sini.You okey ke? Ada cedera?” Lukman nampak risau.

“I okey. Takde cedera pun.” Segaris senyum tawar diukir.

“And, tunggu siapa? Bukan you ada kereta ke?” Lukman masih ingin meneruskan perbualan.

“Tunggu kawan I. Kereta I dekat workshop.” Aisyah membalas, walaupun terasa sedikit canggung.

“Owh.”Lukman melihat jam di tangan. “Eh, I got to go.Takpe ke I tinggal you kat sini sorang-sorang? Or, you balik dengan I jelah.”

Aisyah berfikir. Macam nak, tapi macam taknak. Nanti kesian dekat Afiq. “Takpelah. I tunggu kawan je. Dah nak sampai rasanya. I’ll be fine. It’s okay.” Aisyah menolak secara baik.

“I.. mintak maaf atas silap I dulu.” Lukman menunduk. Nampak kesal. “Err.. you tak boleh terima I balik?”

Aisyah terpana. Tak sesuai timing tapi.. kenapa dia rasa something? “I dah lama maafkan you. Let bygone be bygone. Tapi, untuk terima you, I tak ada jawapan untuk itu.”

Lukman berusaha menyembunyikan riak hampa. Senyum diukir. “I faham. Balik dulu, see ya.” Tangan dihulur untuk bersalam.

Aisyah jongket kening. Dah ni apa main hulur-hulur tangan ni? “In case you lupa, I perempuan, you lelaki.” Suara Aisyah mendatar.

Lukman tersentak. Luk.. Luk.. Baru nak naik saham, dah jatuh balik. “Sorry. I balik dulu.”
Aisyah hanya mengangguk.

Tak sampai pun lima tapak Lukman melangkah, Afiq sampai. Bergegas dia turun dari kereta bila dia tengok Lukman ada di situ. Hujan yang masih menggila diredah. Nafas lega dihela. Dia ingatkan Lukman nak apa-apakan Aisyah. Tapi, bila dilihat Aisyah hanya beriak biasa dan Lukman pun berlalu tanpa sepatah kata, Afiq menganggap tiada apa-apa yang serius terjadi.Cuma satu yang dia pelik. Kenapa Lukman yang membelakangkan Aisyah tu.. nampak macam tengah senyum?

“Sorry lambat.” Afiq menuturkan dengan riak bersalah. Curiga yang bertamu di hati apabila melihat Aisyah berjumpa Lukman tadi, dibiar terbang.

Aisyah tarik senyum tanpa perisa. “Takpelah. Jom, gerak sekarang. Saya dah sejuk ni.” Tangan dibawa mengusap bahu yang sejuk dek air hujan yang terkena baju.

“Jap. Saya ambik payung.”

Belum sempat Aisyah menolak, Afiq dah meredah hujan ke kereta. Payung bertukar tangan. “Awak macam mana?” Aisyah bertanya pelik bila sedar yang Afiq yang dah basah lencun hanya mengambil payung untuk dirinya sahaja.

“Dah basah dah pun. Kalau pakai payung pun basah jugak.” Afiq tersengih.

Aisyah hanya mampu mengiakan. Ikut suka awak lah Afiq..Rasa penat nak bercakap. Hatta nak bercerita tentang kes hampir diragut pun tak daya.

“Aisyah..” Afiq memanggil setelah separuh perjalanan ditemani sepi.

Kepala dikalih memandang Afiq. “Apa?” Lemah Aisyah menjawab. Sungguhlah dia rasa macam nak demam je.

“Nah.” Sepatah kata dihulur bersama kot hitam yang diambil di tempat duduk belakang. “Pakailah, sejuk kan?”

“Thanks.” Kot disarung ke badan. Waktu-waktu macam ni memang tak boleh nak fikir dah. Yang penting, panaskan badan.

Aisyah senyum sendiri. Sungguhlah Afiq tu caring. Banyak dah boleh buat point untuk dipilih ni. Dan ada satu kata-kata Afiq yang buat dia rasa nak benam kepala dalam sawah padi Tok Ngah dekat kampung nuu.

“Aisyah.. Kalau saya cakap awak jangan marah eh.”

Aisyah jongket kening. “Try me.”

“Jangan pakai baju kurung tu lagi lain kali. Bila kena hujan, err.. nampak bahu, lengan.” Afiq menutur perlahan. “Seksi yang buat saya seksa.” Dan ayat akhirnya makin perlahan.

Aisyah tersenyum mengingat. Rasa macam pipinya dah merah berbahang akibat malu yang amat. Sakit kepala yang menyerang membuatkan senyumannya mati. ‘Haish, dia mai dah.’ Mata dipejam seketika. ‘Tidur dekat-dekat nak maghrib ni tak elok.’ Teringat pesan Tok. Tapi, kepala yang semakin berat membuatkan mata Aisyah terpejam rapat. Pesan Tok entah kemana.
***
Allahuakbar Allahuakbar.

Laungan azan membangunkan Aisyah. Dah subuh ke? Mata digosok-gosok. Jam di dinding dilihat. Mata dibuka besar kecik. Pukul 8.35 malam? Like seriously?! Aku tak maghrib lagi nih! Hailah, tidur lagi dekat nak maghrib.

Terkocoh-kocoh Aisyah berlari ke bilik air. Baru kaki nak jejak lantai bilik air, pintu bilik diketuk. Siapa pulak nih? Kunci bilik dibuka. Terjengul raut kerisauan Puan Salmah. “Kenapa ma?” Eh? Suara aku apasal pelik semacam ni?

Puan Salmah kerut dahi. “Suara Aisyah kenapa? Demam eh? Tadi puas mama ketuk pintu tak bersahut.” Tangan Puan Salmah meraba dahi Aisyah. “Ya Allah, budak ni. Pergi solat Isyak cepat. Lepas tu turun bawah, and kita pergi klinik. Panas sangat ni.”

Aisyah berdehem-dehem untuk membetulkan suara. Tapi, tetap suara itik juga yang keluar. Digagahkan jugak diri nak bercakap. “Takpelah ma. Panadol kat dalam peti tu berlambak-lambak. Aisyah nak solat Isyak dengan maghrib sekali ni. Tertido tadi.”

Puan Salmah geleng kepala. Kalau itu yang dikata Aisyah biarlah. Tapi, dia takkan bagi kompromi kalau esok demam Aisyah tak kebah-kebah. “Dah, solat lepastu turun dinner. Then, makan panadol. Tapi, kalau demam tu tak hilang, wajib pergi klinik.” Perkataan wajib ditekan.

Aisyah mengangguk. Pintu bilik ditutup bila Puan Salmah dah beredar ke dapur di tingkat bawah. Rancangan nak solat dan qada solat diteruskan kemudiannya.
***
Selesai makan malam, Aisyah melangkah lemah ke tingkat atas, menuju ke bilik. Dah tak larat nak kisah pasal benda lain. Cerita yang ditayang dalam tv tu pun, dia buat tak endah je. Padahal cerita Vanilla Coklat tulah yang dia duk tercongok tunggu tiap-tiap Selasa. Tapi malam ni, badan dia seriously tak mampu nak cope dengan mata. Rasa nak tidur je.

Elok, mata terpejam, kepala memutar balik mengingat istikharah yang dibuat malam semalam. Dia mintak, diberi petunjuk siapa jodoh terbaik buat dia. Jodoh yang boleh melindungi dan menjaga dia serta yang sentiasa mengingatkan dia akan Sang Pencipta. Dan kejadian tadi, buat dia makin keliru. Lukman yang datang membantu ketika dia amat perlukan bantuan dan Afiq yang menitip pesan tentang menjaga kehormatan diri. Antara Lukman yang pernah dicintai dengan Afiq yang baru nak dikenal hati budi. Lukman yang pernah curang, kini kembali menagih cinta dan Afiq yang berani meluah rasa dan berjumpa ibu bapa.

Serabut dan kusut. Dalam demam macam ni, Aisyah dah rasa malas nak memikir. Biarlah masa yang menentukan. Tolak hari ni, tinggal lagi empat hari cabaran dia kepada Afiq. Biarlah masa empat hari tu yang menentukan siapa yang terbaik buat dia. Andai Afiq jodoh terbaik, dia redha. Jika Lukman yang lebih layak, dia pasrah. Walaupun Lukman pernah curang, manusia boleh berubah. Segalanya diserah kepada takdir.

No comments:

Post a Comment