Salam Taaruf!

Assalamualaikum buat semua yang pernah dan sedang menjejaki blog ni. Terima kasih banyak2.

Tentang aku..
Aku bukan blogger baru, bukan jugak yang lama.
Hanya menulis bila perlu dan bila ada masa.
Masih terikat dengan pelajaran yang memerlukan lebih masa dan tumpuan.

Aku manusia yang tak reti nak mengarang, tapi suka menulis.
So, apa yang terpapar, tertulis di blog ni, harap dimaafkan kalau ada sebarang kesilapan dan kesalahan.

Jangan segan-segan nak tinggal jejak korang. Ada masa aku follow.

Sekian~

Thursday, 2 August 2012

Unknown 3

Dia tau Afiq kecewa. Tapi, dia tak sanggup terima kata-kata Afiq. Dia takut dia pulak yang frust menonggeng disebabkan terburu-buru buat keputusan bersama Afiq yang baru dua hari pernah bersua muka. Tak sampai seminggu dia kenal Afiq dan dia tak yakin dia akan bahagia dengan orang yang boleh dianggap stranger. Sedangkan Lukman yang dah separuh dekad dia kenal pun boleh ‘dump’ kan dia macam sampah.

“Huh!” Terbit satu keluhan kecil dari bibirnya. Baru sahaja Aisyah ingin membiarkan mindanya melayari dunia khayalan tanpa sempadan, dia menerima satu mesej. Afiq! Slide buka kekunci disentuh, lalu kotak mesej dibuka.

+ Cinta dalam hati saya hadir tanpa paksaan. Dan saya takkan paksa ia pergi dari jiwa saya.  Saya harap awak boleh pertimbangkan perasaan saya.

Siap buat ayat bunga-bunga bagai! Tiba-tiba, Aisyah rasa nak bagi peluang dekat Afiq.

- Kalau benar hati saya milik awak, Allah pasti permudahkan segalanya. Saya bagi awak satu minggu untuk buat saya terpikat dekat awak.

Send!

Huh! Kerja gila! Allah! Menyesallah pulak.

Dalam menunggu mesej balasan daripada Afiq, deringan telefon membuatkan Aisyah terkejut. ‘Mesej jelah, main telefon-telefon pulak!’ Aisyah menggumam sendiri.

“Assalamualaikum.” Salam dihulurkan kepada pemanggil di talian.

“Waalaikumussalam. Awak betul-betul bagi saya peluang?” Suara Afiq kedengaran ceria.

Aisyah tersenyum kelat. Walaupun, ada sikit rasa menyesal sebab memberi cadangan sebodoh itu. Dan dia faham soalan Afiq. “Siapa kata saya bagi awak peluang?” Kaki diangkat menghala ke balkoni luar. Keluh kesah Afiq jelas kedengaran. “Saya cuma suruh awak buat saya jatuh hati dekat awak. Kalau awak berjaya, then saya bagilah chance dekat awak.”

“Okey. Saya sahut cabaran awak.” Suara Afiq jelas kedengaran bersemangat. “Tapi, awak kena kenalkan saya dengan parents awak dulu.”

“Erk? Apa kena mengena mak ayah saya dalam hal ni?”

Afiq ketawa. “So, nanti mudahlah saya nak laksanakan cabaran awak. At least, parents awak tau dengan sape awak berkawan. Saya taknak dituduh cuba buat apa-apa yang tak baik pada awak.” Afiq diam.

Aisyah berfikir. Betul jugak kata Afiq tu. “Okey. Esok, pukul 11 pagi, awak jumpa saya dekat taman depan hospital besar. Dari situ, kita bertolak ke rumah saya.” Entah apelah tanggapan parents aku…

“Okey, saya tak sabar nak jumpa your mum and dad. After all, they are my in-law-to-be.”

In-law-to-be? “Huh, yakinnya awak! Saya tak pernah bagi apa-apa jaminan. Ingat tu!”

“Saya tak perlukan jaminan awak, sayang. Saya yakin dengan semua petunjuk dari Allah. Kita memang ditakdirkan bersama. Sebagaimana Adam perlukan Hawanya, macam tu jugaklah Afiq perlukan Aisyah dalam hidup.” Panjang celoteh Afiq menyerap jauh ke dalam jiwa Aisyah.

Hish! Seram sejuk lah pulak aku malam ni. Relax Aisyah! Jangan gelabah! Kalau kau cair, maknanya dia dah berjaya tawan hati kau. Padahal tak sampai satu hari pun lagi cabaran kau bermula. Jaga maruah kau Aisyah! “Saya tak tau mana awak dapat keyakinan yang tinggi melangit Afiq. Tapi ingat, awak hanya ada seminggu untuk buat saya terpikat.” Sekali lagi dia rasa menyesal. Perlu ke dia mengingatkan Afiq tentang tempoh cabaran tu, seakan-akan dia benar-benar ingin berikan Afiq peluang?

“Alright, Aisyah. Jumpa esok. Selamat malam. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Klik. Talian dimatikan. Aisyah termenung seketika. Jam di dinding bilik dilihat sekilas. 9.30 malam. Dia keluar dari bilik dan pergi ke ruang tamu.

“Mama, papa, esok kawan Aisyah nak datang. Pukul 11 lebih. Boleh?”

“Siapa Aisyah, Fina ke?” Encik Rashid menyebut nama Fina tatkala mindanya teringatkan kawan Aisyah itu.

“Err, bukan pa. Kawan lelaki. Papa belum kenal dia lagi. Nama dia Afiq.” Takut-takut Aisyah berbicara.

Encik Rashid main jongket-jongket kening dengan Puan Salmah. “Sejak bila anak papa ada special boyfriend ni?”

“Tu lah pasal. Diam-diam ubi berisi..!” Puan Salmah menyampuk.

Aisyah sungging senyum terpaksa. “Takdelah. Bukan boyfriend, kawan je. Dia just nak kenal-kenal dengan papa and mama. So, boleh ke?”

“Boleh Aisyah.. Nanti mama masak sedap-sedap. Aisyah tolong tau.” Puan Salmah kenyit mata kepada Encik Rashid. Aisyah hanya mengangguk.

“Good night ma, pa.” Aisyah menyalam tangan papa dan mamanya lalu segera ke bilik tidur.
***
“Sorry, sorry, saya lambat.” Aisyah kalut memohon maaf. Bimbang disangka seorang yang sering mungkir janji. Jatuhlah saham nanti!

“It’s okay. Saya sanggup tunggu awak sampai bila-bila.” Afiq pandang Aisyah yang nampak termengah-mengah.

“Apa-apa jelah. Jom.”

“Pergi mana? Kahwin? Jom!” Semangat Afiq menutur kata. Dalam hati, dia dah gelak golek-golek tengok muka Aisyah yang merah padam.

“Hish, tak kuasa! Cepatlah, nak pergi rumah saya ke tak ni?!”

Afiq koyak sengih. Marah la pulak..! Tapi… Comel! “Okey, okey. Let’s go. Awak naik kereta saya kan?”

Ek eleh mamat ni. Dah nampak aku datang naik teksi, lagi mau tanya! “Takdelah, saya jalan kaki. Awak ikutlah dengan kereta.” Macam cadangan bodoh je.

Afiq pelik. “Kenapa jalan pulak? Kereta kan ada.”

Sakitnya hati aku…! “Kalau dah tau, sape suruh tanya. Dah jelas-jelas saya datang naik teksi tadi.”

Sekali lagi Afiq tersengih. Memang salah aku pun. Padan la dengan muka sendiri! “Ala, awak nih. Nak gurau pun sentap.”

“Apa sentap, sentap? Dahlah. Melayan awak ni, sampai tahun depan pun tak habis.” Afiq dijeling. “Cepatlah! Dah lewat ni!” Menonong dia jalan tinggalkan Afiq di belakang, Padahal dia tak tau pun yang mana satu kereta Afiq. Tiba-tiba..

“Aisyah! Kereta saya kat sini lah.” Afiq memanggil Aisyah yang sudah jauh. Disangkanya Aisyah marah kerana dia mempermainkan wanita itu.

Aisyah berhenti berjalan. Kaku untuk 5 saat. Malunya aku… Dia pusing belakang dan berjalan ke arah Afiq. Segera, dia masuk ke dalam perut kereta Afiq. Afiq yang setia menunggu dia masuk untuk menutup pintu langsung tidak dipandang.
***
“Dah lama ke Afiq kenal Aisyah?”

“Lama lah jugak uncle.” Afiq senyum.

Aisyah cuba untuk menyampuk membetulkan auta Afiq, tapi, bicara papannya mematikan niat Aisyah untuk menjelaskan perkara sebenar. Hish! Kata nak jujur, ni ape kes tipu-tipu nih?

“Owh, tapi, uncle tak pernah dengar pun Aisyah sebut nama Afiq. Apelah Aisyah nih. Ada kawan lelaki, tak bagitau pun.” Encik Rashid tengok Aisyah. “Aisyah, pergi tolong mama kat dapur.”

Aisyah akur. Dia bangun dari duduknya. Padahal, dia hendak sangat berada di situ. Bimbang Afiq meng’auta’ papanya lagi. Afiq dijeling dengan isyarat mata, awak-jangan-nak-menipu-ye!

Afiq senyum pada Aisyah. Dia tau Aisyah marah. Tapi, dia lagi tau apa yang dia buat. Dia kenyit mata pada Aisyah tanda, don’t worry.

Aisyah mencebik.

Afiq gelak.

Encik Rashid yang melihat adegan dua manusia di hadapannya kerut dahi. Tapi, tak lama kemudian, mereka menyambung bicara setelah Aisyah membawa diri ke dapur.

Setengah jam kemudian..

“Abang, Afiq jom makan. Aunty masak special untuk Afiq ni. Jom, jom.” Ujar Puan Salmah.

“Jom Afiq.”

“Okey.” Afiq senyum.

Mereka beriringan ke dapur.

Di meja makan, Aisyah menjeling ke arah Afiq yang rancak berbual dengan kedua orang tuanya. ‘Cepatnya ngam diorang ni. Apa ada chemistry ke?’ desis hati Aisyah.

Selesai makan, mereka berempat duduk bersama di ruang tamu. Jam menunjukkan pukul 1 tengahari. Afiq dijemput Encik Rashid untuk solat berjemaah. Afiq mengangguk bersetuju. Tepat jam 1.30 tengahari, solat Zuhur dimulakan dengan Afiq sebagai imam.
Hati Aisyah tersentuh. Suara Afiq yang mendayu-dayu membuatkan dia sebak. Selesai solat, mereka mengaminkan doa yang dibaca Afiq. Dalam hati, Aisyah turut mendoakan semoga dia terbuka pintu hati untuk Afiq sekiranya benar sudah tertulis jodoh mereka di Luh Mahfuz.

Selesai solat, mereka sekeluarga mengiringi Afiq yang hendak pulang ke muka pintu. Walaupun, mereka ada mengajak Afiq untuk makan malam bersama, pelawaan mereka ditolak dengan baik oleh anak muda itu.

“Saya balik dulu makcik, pakcik, Aisyah. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Serentak tiga suara kedengaran menjawab salam.
***
“Aisyah. Mai sini jap.” Encik Rashid memanggil Aisyah duduk di sisinya.

“Ada apa pa?” Aisyah melabuhkan duduk di sisi papanya.

Encik Rashid berdehem. “Aisyah dah lama kenal Afiq kan?” Muka Aisyah dipandang. “Afiq kata keluarga dia nak meminang Aisyah. Macam mana?”

Hah??? Lama? Meminang? Apa nih?! Aisyah kerut dahi. Muka dah macam orang yang tak faham bahasa Melayu. “Lama? Sape cakap Aisyah dah kenal dia lama? Dah ni minang-minang ni ape pulak pa?”

“Afiq la bagitau. Aisyah tak payah selindung lagi lah.” Encik Rashid senyum. “Papa and mama dah tau. So, I need you to decide now.”

Tiba-tiba Puan Salmah yang datang dari dapur menyampuk. “Buat cepat-cepat lah sayang. Mama dah tak sabar nak bermenantukan Afiq tu.”

Permintaan mengharap dari mamanya buat Aisyah tak sampai hati. Ape Afiq nih! Habis semua orang dia auta. Argh! Aisyah tak nak ma!! “Bagi Aisyah masa dua minggu.” Lain yang difikir, lain pulak yang diluah. “Aisyah masuk bilik dulu. Nak solat.” Senyum hambar diberikan buat mama dan papanya.

“Okey.” Serentak Encik Rashid dan Puan Salmah menjawab. Bunga-bunga kegembiraan terpancar di wajah mereka.

***

Sehari menginjak pergi. Mengurangkan jumlah seminggu yang dijanji, Bermakna tinggal lagi enam hari. Petang tadi, kereta Aisyah meragam. Mati di tengah-tengah bandar Kuantan.

Dahlah hari panas terik. Nak menapak ke rumah dah satu hal. Tapi, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tau. Afiq memang tuah buat Aisyah hari ini. Masa tengah-tengah berfikir nak kol siapa, muncul kereta Afiq dari arah bertentangan.

Afiq turun dari kereta yang diparkir di seberang jalan. Baju kemeja biru laut disinsing lengannya hingga ke paras siku.   Menyerlahkan daya tarikannya. Tapi, Aisyah takde masa nak tengok ketampanan Afiq. Padanya, kereta lagi penting. Afiq memang dalam list ke-100 yang dia akan kisah buat masa emergency macam tu. Dan, makhluk dalam list ke-100 tu lah yang tolong dia pada saat kritikal tersebut.

Aisyah tak berkelip tengok Afiq bukak bonet kereta. “Awak nak buat apa?”

“Nak buat salad buah.” Afiq jawab selamba.

Aisyah macam patung. Menunggu ‘salad buah’ Afiq siap. Tak berkutik sejengkal pun dari kedudukan asal di sisi kereta.

“Siap!”

Aisyah tersentak.

“Tapi, problemlah kereta awak ni yang.” Afiq seperti berfikir. “Kene repair. Jom, saya hantar balik.”

“Hah? Saya.naik.kereta.dengan.awak?” Satu-satu ayat disebut.

Afiq buat muka keliru. “Habis? Awak nak tinggal saya dalam panas terik ni ke? Tak kesian ke kat future husband awak nih? Kang hitam pulak masa bersanding nanti.”

Mata dikecilkan. Bengang betul dia dengan Afiq. Dahlah tengah panas ni, berasap betol! “Kereta saya takkan nak tinggal sini?”

“Owhh. Kereta nanti saya call mechanic. Kene repair ni. Jom.”

“Tapi, bahaya lah!” Aisyah bagi alasan. Tak betah sebenarnya berlama dalam kereta Afiq. Padahal 10 minit je nak sampai ke rumah dia.

Hish. Afiq geleng kepala. Sayang sangat kereta dia! “Yelah sayang. Kita tunggu sampai tow truck tu datang ek. Tapi, dekat tempat teduh lah sikit. Kesian abang ni hah. Dah terbakar.” Afiq tunjuk muka sedih. Konon nak bermanja.

Ya Allah! Geli telinga aku. “Awak ni kan, tak boleh bercakap macam orang normal ke?”

“Normal la ni. Okey, okey dah. Jom pegi sana.” Jari telunjuk dihala 90 darjah ke kiri. Menunjuk ke arah sepohon pokok rendang. Tak sanggup dia bertekak dengan Aisyah tengah-tengah panas macam ni.

Aisyah membawa kaki menghala ke arah yang ditunjuk Afiq.

5 minit kemudian, lori tunda yang ditunggu-tunggu sampai. Kunci diserahkan kepada pemandu lori tersebut yang meeemperkenalkan diri sebagai Abang Man.

“Terima kasih bang. Nanti apa-apa, call saya ye.” Afiq bersalam dengan Abang Man. Kad nama dihulur.
Abang Man hanya mengangguk.'

Aisyah kuis lengan Afiq dengan ranting kayu. Entah mana dia dapat benda tu. “Kenapa suruh dia call awak? Call saya jelah. Tu kan kereta saya.”

“Tak elok awak pergi dekat bengkel tu sorang-sorang. Biar saya je tolong ambik. Nanti saya hantar kat rumah awak. Bengkel tu dahlah dalam kawasan dekat dengan hutan. Apa-apa jadi dekat awak nanti, merana hidup saya.”

“Hmm. Jomlah balik. Dah lewat.” Aisyah takde mood nak bertelagah dengan Afiq. Lantak dialah nak cakap apa pun.

“Jom.”

Mereka memulakan langkah. Afiq berdiri di sisi kiri Aisyah. Banyak kereta yang lalu ketika itu. Tiba-tiba Afiq beralih ke sisi kanan Aisyah.

“Kenapa?” Aisyah pelik.

Afiq hanya tersenyum. “Kereta datang dari belah sana.” Tangan kiri diangkat menunjukkan hala kereta. “At least kalau jadi apa-apa, saya yang kena dulu.”

Aisyah kelu. ‘Sepenting ni ke aku pada dia?’ Soalan bergema dalam hati.

Masuk ke dalam kereta, mereka hanya senyap. Tiada pergaduhan, hanya kesepian. Aisyah berfikir. Afiq melayan lagu.

Aisyah turun dari kereta Afiq bila sampai di rumahnya. “Thanks.”

“Welcome sayang. Esok saya ambik awak pergi kerja ye. Bye, Assalamualaikum.”

Baru Aisyah hendak menolak, kereta Afiq menderum pergi. Tanpa sedar, ada senyuman meniti di bibir. Tak sabar menunggu esok!

No comments:

Post a Comment