Pages

Salam Taaruf!

Assalamualaikum buat semua yang pernah dan sedang menjejaki blog ni. Terima kasih banyak2.

Tentang aku..
Aku bukan blogger baru, bukan jugak yang lama.
Hanya menulis bila perlu dan bila ada masa.
Masih terikat dengan pelajaran yang memerlukan lebih masa dan tumpuan.

Aku manusia yang tak reti nak mengarang, tapi suka menulis.
So, apa yang terpapar, tertulis di blog ni, harap dimaafkan kalau ada sebarang kesilapan dan kesalahan.

Jangan segan-segan nak tinggal jejak korang. Ada masa aku follow.

Sekian~

Saturday 4 August 2012

Unknown 4

Afiq benar-benar mengotakan janji. Seawal 7.00 pagi dia dah terpacak betul-betul depan rumah Aisyah. Aisyah yang pada waktu itu sedang bersiap-siap, cepat-cepat merapikan diri bila Puan Salmah memberitahu bahawa Afiq sudah menunggu. Baju kurung moden putih berbunga merah jambu dipadankan dengan tudung warna senada. Hmm, perfect! Pelembap bibir dioles sedikit, cukup untuk tak nampak pucat. Ok, I’m done!

Kaki menuruni tangga dengan langkah yang laju. Bimbang Afiq menunggu terlalu lama. Sampai di tingkat bawah, Afiq dilihatnya sedang minum bersama Puan Salmah dan Encik Rashid.

“Assalamualaikum.” Salam diucap buat semua yang ada di meja makan ketika itu.

“Waalaikumussalam.” Tiga suara menjawab salam.

“Breakfast dulu Syah.” Puan Salmah mengajak. Afiq hanya memerhati. Encik Rashid tekun membaca suratkhabar di tangan.

Aisyah berfikir sejenak. “Dah lewat…” Ayatnya ditarik meleret. Wajah Puan Salmah yang ala-ala nak merajuk dipandang. “Tapi, sebab mama, Aisyah breakfast lah jugak.” Aisyah tersengih. Afiq menghirup teh yang disediakan. Cuba sembunyi senyum di sebalik cawan. Nakal betul!

Aisyah berjalan menghampiri meja makan. Afiq bangun. Menarik kerusi di sebelahnya. ‘Hadoi! Ni kat rumah aku lah Encik Afiq….’ Walau hati dah malu yang amat dengan mama dan papanya, senyuman nipis turut diberi buat Afiq. Tanda menghargai.

Puan Salmah pandang Encik Rashid. Bermain isyarat mata, awak-ada-buat-macam-ni-kat-saya?

Encik Rashid menjeling, tak-padan-dengan-tua.

Puan Salmah hanya mencebik.

“Pa, ma, kitorang pergi dulu.” Suara Aisyah memecahkan sketsa bisu mereka di meja makan. Kerusi disorong ke bawah meja. Aisyah menghampiri mama dan papanya. Menghulur tangan lalu bersalam. Afiq bersalam dengan Encik Rashid kemudiannya.

“Kitorang pergi dulu uncle.”

 “Terima kasih tolong hantar Aisyah, Afiq.”

Afiq hanya senyum dan mengangguk. “Assalamualaikum.”
***
“Kenapa lambat?”Aisyah buat muka cemberut. Saja nak kenakan Afiq!

Afiq tengok jam di tangan. Baru pukul 7.30. Dah kenapa macam nak mengamuk ni? “Awak bukan masuk office pukul lapan ke?”

“Saya nak masuk kerja awallah hari ni.”

Owh. “Ok, sorry. Manalah saya tau.” Afiq masuk kereta. Suis dipulas, menghidupkan enjin kereta. Kaki bersedia menekan minyak. Bismillah.. Here we go!

Dia mintak maaf? Hahaha, Aisyah gelak jahat dalam hati. Astaghfirullah.. Pagi-pagi dah buat dosa. Ada ciri-ciri suami yang cepat mengalah ni. Dalam diam, Aisyah menilai. Gatal jugak kau eh Aisyah!

Afiq menekan punat radio. Bosan jugak bila senyap sunyi je dalam kereta.

Tiba-tiba, Aisyah bersuara. “Kereta saya bila siap ya?”

“Mungkin esok.” Afiq beri jawapan pendek.

Yahoo! Esok boleh naik kereta sendiri dah. “Awak tolong ambik kan? Thanks ye.”

“No problem. Nanti saya hantar kat rumah awak.”

“Err. Takpe ke? Segan lah saya macam ni. Why don’t you bring me along ke bengkel tu? Then, saya ambik kereta saya dari situ terus. Takyah awak susah-susah nak hantar. Lagipun, kereta awak takkan nak tinggal kat situ kan?” Aisyah memberi cadangan. Konon kesiankan Afiq, padahal dia dah tak nak terhutang lebih banyak budi. Kang, tergadai hati.

Afiq pandang Aisyah sekilas. Riak Aisyah dilihat seketika. “Pun boleh. Dalam pukul 5 saya datang office ambik awak esok.”

“Hmm, okay. Eh, dah sampai.”

Afiq memberhentikan kereta. Lah, tak perasan pulak aku, dah sampai rupanya! “Orite Aisyah. Petang nanti tunggu saya kat sini je. Saya ambik.” Disebabkan pejabat Afiq dan Aisyah sehala, memang tiada masalah untuk Afiq hantar dan ambik Aisyah. Kalau jauh sekalipun, lagi dia suka!

“Thanks banyak-banyak Afiq. Tapi, petang ni saya balik dengan kawan saya je lah. Taknak menyusahkan awak.”

Afiq senyum gaya macho habis. Konon nak buat Aisyah cair. “Welcome. Just wait for me here. I send, and I’ll pick you up. No is unacceptable.”

“Hmm. Up to you.” Tak kuasa aku nak bergaduh pagi-pagi ni. Pintu kereta dibuka. “Assalamualaikum.” Aisyah menutup pintu kereta Afiq dengan cermat.

Cermin diturunkan. “Waalaikumussalam.” Tangan dilambai. Dan BMW hitam tu menderum pergi.

Aisyah menekan butang lif. Baru saja lif terbuka, dia terus meluru masuk. Butang ke tingkat 10 ditekan. Menanti dengan sabar sebelum sampai ke pejabatnya.

Kaki menjejak ruang bilik khasnya. Punggung dilabuhkan di atas kerusi. Meregangkan badan sebelum membuka komputer di hadapan. Banyak benda nak kena siap. Dateline dahlah nak habis dah! Susah jugak jadi engineer ni. Huh, tangan mula bergerak di atas tetikus. Lakaran yang terpampang di skrin komputer ditarik-tarik. Adjust sana, adjust sini. Haish, kepala Aisyah tergeleng-geleng.

Bunyi pintu diketuk mengganggu konsentrasi Aisyah seketika. Ni siapa pulak duk mengetuk pintu pagi-pagi ni? “Masuk.” Arahan diberikan.

Seketika, terjengul wajah Fina. “Assalamualaikum!” Salam dilaung gaya Allycats. Start dah perangai tak semengah dia!

“Waalaikumussalam. Pagi-pagi dah menyibuk depan bilik aku ni kenapa?” Aisyah lontar soalan kejam.

“Ceit, ada ke aku datang disambut dengan ayat-ayat dingin serupa ais gitu?” Fina keluar ayat novel. Kerusi depan meja Aisyah ditarik, lalu dia duduk tanpa dijemput. “I saw someone turun dari BMW tadi.” Kening dijungkit kepada Aisyah.

“Apa kena mengena orang tu dengan aku?” Aisyah buat tak faham. Fina ni bukan boleh dilayan sangat. Nanti macam-macam dia fikir.

Fina senyum senget. “Takde kena mengena ke, kalau yang turun dari kereta tu diri kau sendiri?” Nak buat tak faham eh? Aku malas dah main kias-kias. “So, tell me. Who’s that, what’s happening and everything.”

Perlu ke? “Malas lah aku. Baik kau keluar and buat kerja. Datangnya bos kesayangan kau, mau tak tido malam ni duk siapkan semua benda alah ni.” Tangan mengemas kertas yang bersepah. Lakaran di dada komputer kembali ditatap. Berfikir design yang sesuai dengan kehendak pelanggan.

“Halau nampak?”

“Ni bukan halau, tapi jemputan.” Mata dihala ke arah Fina. “Jemput keluar Cik Fina..”

Hahaha. Fina gelak. Kalau dah taknak cerita, paksa la sampai mati pun, macam tu la jugak. “Fine, fine. Aku keluar. Tapi, tak bermakna cerita kau tamat. Aku akan tuntut nanti!”

“Yeah, whatever. Dah, dah. Keluar sana.”

Fina angkat kaki, berlalu dari bilik Aisyah. Sampai di depan pintu bilik, dia menjelirkan lidah. Aisyah hanya tergelak.
***
Langit nampak mendung. Jam dah bergerak ke angka 5 lebih. Aisyah berkemas. Penat duduk lama-lama atas kerusi. Badan diregangkan. Huarghhh, mengantuknya!
Lepas dah pastikan segalanya teratur, kaki melangkah malas keluar dari bilik. Menuju ke lif untuk turun ke bawah.

Bila kaki dah jejak luar syarikat. Aisyah pandang kiri kanan. “Mana pulak Afiq ni?” Tadi beriya mesej suruh aku tunggu depan pejabat 5.30. Jam di tangan dilihat. “Lah, baru pukul 5.20. Ada 10 minit lagi rupanya.” Tangan dimasukkan ke dalam handbag. Menggagau sesuatu. Ahha, jumpa dah! Earphone disambung ke handset.

Langkah dibawa menuju ke bustop. Mesej dihantar kepada Afiq.

+Saya tunggu dekat bustop luar.

 Kemudian, ibu jarinya berlari di atas skrin, mencari fungsi radio dan memilih frekuensi.
Selang beberapa minit, satu mesej diterima.

-Okay. Sorry lambat. Traffic jam.

Owh.. Jem rupanya.
+Np.

Langkah ke bustop dipanjangkan. Tengok langit macam dah tak sabar-sabar nak curahkan hujan. Dan, betul telahan Aisyah. Belum pun kaki jejak bustop, hujan turun mencurah-curah. Nasib je bustop tu dekat. Berdesup dia lari menyelamatkan diri.

Bila dah sampai bawah bumbung bustop, Aisyah tercungap-cungap macam ikan tak cukup oksigen. Hiperbola gila! Padahal bukan jauh mana pun dia lari. Aisyah mengambil tempat di salah sebuah bangku. Baju dan tudung terasa sedikit basah. Waa, nampak lengan lah! Baju dikibas-kibas. Tolong lah cepat kering!

Sambil mengibas baju, bibir tak henti mengikut alunan lagu My Love dari kumpulan Westlife. Lagu lama yang menjadi favourite dia. Kepala dipalingkan ke kiri. Saja nak tengok-tengok apa yang ada di sekitar. Tapi, hujan yang lebat menyukarkan pandangan.

Masa tu, baru dia perasan, ada sorang mamat dok tengok-tengok dia. Kepala ditunduk memandang kaki. Hati dah rasa tak sedap. Mana Afiq ni?

Dari ekor mata, Aisyah nampak jarak antara mereka semakin dekat. Dah kenapa yang datang dekat-dekat ni? ‘Kalau menjerit, sure takde orang dengar. Nak lari pun, hujan lebat gila. Kalau stay, kang aku yang jadi gila.’ Aisyah bermonolog sendiri.

Dalam tengah berfikir, terasa tangannya dipegang. Kuat dan kemas. Memang tak sempat lah nak lari. Hati dah macam nak meletup. ‘Ya Allah, selamatkanlah hamba-Mu ini.’

No comments:

Post a Comment